Showing posts with label info bisnes. Show all posts
Showing posts with label info bisnes. Show all posts

Thursday, March 16, 2017

Peniaga Online Akan Dikenakan Cukai Mulai Tahun Ini.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berkemungkinan akan mengenakan cukai ke atas perniagaan online bermula 2017, sejajar dengan kepesatan perkembangan sektor berasaskan internet di negara ini, lapor Free Malaysia Today.


Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, MOF telah mengarahkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat kajian terperinci berhubung perkara itu. Malah, LHDN turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tujuan itu.

"Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai. Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital," katanya.

Selain itu, pihak MOF juga berhasrat memastikan syarikat peniagaan online berdaftar dengan SSM bagi membolehkan MOF mengetahui jumlah pendapatan yang diperolehi oleh mereka.

Menurut Irwan, kajian dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pemandu Uber dan Grab Car boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan dan angka itu boleh dikenakan cukai.

Pendapatan bulanan yang boleh dikenakan cukai pada ketika ini adalah RM3,000 hingga RM4,000.


Thursday, December 22, 2016

PNB Umum Agihan Pendapatan ASB 6.75 Sen, ASN 5.00 Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan 2016.

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. 


Pada tahun lalu, agihan pendapatan tabung itu adalah sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. 

Bagi Amanah Saham Nasional (ASN), agihan pendapatan adalah 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. 
Agihan pendapatan ASB dan ASN itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar di sini, hari ini.